Selamat DatangWahai jiwa yang tenang, (27) kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda, (28) maka masuklah ke dalam golongan hamba-Ku (29) dan masuklah ke dalam syurga-Ku (30). (Surah al-Fajr 89: 27-30)
|
Tentang Saya
Nama di beri Nur Fasihah binti Ahmad. Dilahirkan pada 19 Mac 19XX. Berasal dari Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor. Merupakan anak kepada pasangan suami isteri, Ahmad bin Dubit dan Sapiah binti Salamat. Anak sulung daripada 10 orang adik beradik (7 perempuan, 3 lelaki)
Kini tinggal di Kajang bersama dengan jejaka pilihan hati, Muhamad Eybal bin Mahadzir. Dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhamad Eyqram, Muhamad Eyqmal dan Muhamad Eyqfal. Ketika ini saya sedang menyambung pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Sumber dan Teknologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pembinaan laman web ini merupakan salah satu daripada tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah saya, Dr. Fariza Khalid bagi subjek GGGE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. |
PendidikanSemasa saya sekolah menengah, saya selalu berpindah sekolah (pening mama saya, sorry mama). Sepanjang saya bersekolah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6, saya ada 6 buah sekolah.
Tingkatan 1: Madrasah As-Sidiqiah Al-Islamiah, Naka, Kedah Tingkatan 2: Sekolah Menengah Islam Bestari, Sungai Petani, Kedah Tingkatan 3: Sekolah Menengah Agama Bukit Meriam, Sungai Petani, Kedah (kini dikenali sebagai Maktab Mahmud Kuala Muda) Tingkatan 4: Sekolah Agama Menengah Seri Desa, Tanjong Karang, Selangor (bertahan hanya 3 bulan) Tingkatan 4 dan 5 (SPM): SMKA Simpang Lima (kini dikenali sebagai SMKA Tun Rahah) Tingkatan 6 (STPM): Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) Ijazah: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) |
KerjayaSetelah tamat pengajian di peringkat ijazah, saya telah bekerja sebagai pembantu tadika di Little Caliph Ukay Perdana.
1/12/2012 - 30/6/2013
Bertugas di Kolej Komuniti Chenderoh, Kuala Kangsar, Perak. 1/7/2013 - 31/3/2015
Bertugas di Sekolah Menengah Sains Semberong (SASEM), Kluang, Johor 1/4/2015 - 10/10/2021
Bertugas di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP Kajang), Selangor |