PENERBITAN BUKU
Buku Teks Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 5
Pada September 2019, saya dan team memulakan penulisan untuk memasuki tender penulisan buku teks tingkatan lima mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah (PSI). Setelah 6 bulan berlalu, pihak penerbit tidak memaklumkan sebarang khabar berita. Maka saya terus memutuskan, kumpulan kami tidak berjaya memenangi tender tersebut. Tiba-tiba, pada Julai 2020 penerbit menghubungi kami dan menyatakan khabar gembira bahawa kami telah memenangi tender tersebut. Maka bermulalah proses penulisan kami mengikut jadual yang telah ditetapkan sehingga siap dan telah berada di pasaran. Ketika menulis buku tersebut saya sedang mengandungkan anak yang ketiga. Usia kandungan saya ketika itu sekitar 7 bulan. Bila terkenangkan kembali, gigih sungguh rasanya menulis dalam keadaan mengandung ditambah lagi dengan adanya PKP ketika itu. Kenangan sungguh.
Buku Latihan Topikal Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 dan 5
Alhamdulillah, rezeki tahun 2021. Saya dan team diberi peluang untuk menjadi penulis buku latihan di bawah syarikat Telaga Biru. Terima kasih kepada rakan kumpulan saya Kak Mun dan Kak Z yang sangat banyak membantu dan memberi tunjuk ajar. Merekalah insan yang sangat membantu sepanjang saya mengajar subjek PSI.