Hari ini merupakan kelas yang terakhir bagi subjek ini. Kami diminta oleh Dr.Fariza untuk membentangkan hasil kerja mengikut kumpulan masing-masing. Alhamdulillah, kami berjaya menyelesaikan tugasan masing-masing. Kelas bermula sekitar jam 8.30 malam dengan pembentangan untuk mini kajian terlebih dahulu. Kumpulan saya telah memilih untuk menjadi pembentang yang pertama. Tajuk kajian kami ialah Pengalaman Guru dalam Pelaksanaan PAK21 melalui Kerangka Model RIPPLES. Pembentangan kedua oleh kumpulan Jeyanthy yang bertajuk, Teacher's Perceptions on the Use of Kahoot from the Perspective of Innovation Attributes. Diakhiri oleh kumpulan Aisyah dengan tajuk, Tahap Penerimaan dan Penggunaan Quizzes dalam Pembelajaran dan Pengajaran kepada Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Sembilan berdasarkan Teori Perubahan Elly. Ulasan Dr mengenai kajian kami, terdapat sedikit kekeliruan berkaitan aspek latihan dan sokongan. Bagi aspek latihan, ia merupakan pandangan guru berkaitan dengan latihan yang diberikan tetapi dari aspek sokongan ia berkaitan sokongan yang diperlukan oleh guru. Manakala untuk kumpulan Aisyah, mereka menjalankan kajian terhadap murid. Tidak semua Teori Elly boleh digunakan sekiranya soal selidik tersebut dijawab oleh murid. Sekiranya sampel kajian adalah guru maka kesemua Teori Elly boleh digunakan. Kesimpulannya, Dr. berpuas hati untuk pembentangan mini kajian. Pembentangan diteruskan dengan projek AR yang dibangunkan oleh setiap kumpulan. Kumpulan saya telah memilih untuk menjadi pembentang yang pertama. Kumpulan saya memulakan pembentangan dengan pemilihan model (ASSURE) yang kami gunakan sebelum pembangunan AR dan diteruskan dengan projek AR yang bertajuk The Old House. Pembentangan AR diteruskan dengan kumpulan Jeyanthy. Kumpulan mereka membawa projek yang bertajuk Adjectives. Pembentangan ketiga oleh Aisyah yang membawa konsep yang berbeza. Jika kami semua menghasilkan sebuah buku AR tetapi Aisyah menghasilkan kalender AR. Idea Aisyah ini amat menarik dan boleh dikomersilakan. Pembentangan terakhir oleh kumpulan Kalai. Di mana kumpulan mereka membuat AR yang bertajuk Covid 19 Preventions. Secara keseluruhannya, Dr. amat teruja dengan projek AR yang kami semua hasilkan. Secara peribadi, saya sangat gembira dengan tugasan ini kerana ia memberi pengalaman baru kepada saya dan ilmu ini PASTI akan saya gunakan semasa pengajaran saya nanti. Terima kasih Dr. di atas ilmu yang sangat bermanfaat ini. Sesungguhnya Islam amat menggalakkan umatnya untuk sentiasa bersifat kreatif dan inovatif dalam setiap amal buatnya untuk kebaikan sejagat. Wallahua'lam.
0 Comments
Alhamdulillah hari ini saya akan belajar tentang AR. Pastinya ini adalah kelas yang paling saya nanti-nantikan. Sebelum ini, saya memang amat teruja dengan AR dan VR. Saya telah didedahkan dengan AR melalui perkongsian guru-guru sekitar tahun 2017. Cumanya ketika itu, sukar untuk saya memahami bagaimana cara untuk menghasilkan AR yang sebenarnya. Oleh kerana saya tidak tahu bagaimana cara untuk menghasilkan AR, saya membelikan anak saya buku yang mengandungi AR untuk merasai sendiri penggunaannya. Pada ketika itu, penggunaan AR masih belum meluas seperti hari ini. Malah pada tahun 2017, saya turut menggunakan AR semasa PdP saya. Ketika itu saya mengajar Pendidikan Islam di bawah tajuk Menjaga Maruah Diri. Saya menggunakan AR yang dibangunkan oleh Quiver Fashion. Saya meminta murid menghias gambar tersebut agar menutup aurat dan saya akan mengimbas beberapa gambar secara rawak. Murid amat teruja dengan aktiviti tersebut. Ok, itu adalah sedikit perkongsian bagaimana saya menggunakan AR. Tetapi hari ini, saya belajar bagaimana cara untuk membangunkan AR. Terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan untuk membangunkan AR. Apa kelebihan AR?
Secara ringkasnya, untuk membangunkan AR kita perlu menghasilkan gambar dan bahan yang ingin dipertontonkan (video, audio, grafik dan sebagainya). Misalnya kita ingin murid menonton video, maka video tersebut akan kita tindankan di atas gambar. Haaa. Nampaknya pembaca masih tidak faham dengan apa yang cuba saya terangkan. Pembaca boleh menonton video yang dihasilkan oleh Dr.Fariza untuk penjelasan lanjut Dah tonton? Pasti pembaca teruja untuk menghasilkan AR sendirikan? Begitulah perasaan yang saya yang saya alami dari tahun 2017 dan dengan kuasa dari-Nya hari ini saya telah memahami konsep pembangunan AR.
Kelas di akhiri dengan penerangan tugasan yang perlu kami selesaikan. Nak tahu apa projek AR yang kumpulan saya akan bangunkan? Jumpa di 'post' yang akan datang. Selamat mencuba untuk menghasilkan AR sendiri. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kelas hari ini diadakan pada pukul 2.00 petang iaitu awal satu jam dari jadual sebenar. Dr. memberi pilihan kepada kami untuk memilih sama ada kelas secara atas talian menggunakan Zoom atau membuat pembacaan kendiri dari laman web Dr. Rata-rata dari kami memilih untuk membuat pembacaan kendiri. Dr. meminta kami membaca tajuk berkaitan model Universal Design and Agile Development (UDin) atau dalam bahasa Melayunya, Model Reka Bentuk Universal dan Pembangunan Tangkas (Rengkas). Terdapat empat topik yang akan dibincangkan untuk topik ini iaitu:
Model UDin @ Rengkas Topik 8: Pembangunan Media Fasa 1: Analisis dan Kebolehlaksanaan Topik 9: Pembangunan Media Fasa 2: Reka Bentuk dan Pembangunan Topik 10: Pembangunan Media Fasa 3: Implementasi dan Penyenggaraan Topik 11: Pembangunan Media Fasa 4: Impak dan Permodelan Topik kelapan membincangkan tentang perkembangan dunia pendidikan ke arah pembangunan program e-pembelajaran. Bagi menghasilkan e-pembelajaran yang terbaik ia perlu perlu dirancang dengan sistematik iaitu bermula di peringkat reka bentuk dan pembangunan serta proses pelaksanaannya. Bagi Fasa 1 ini, kajian Dr. telah menggunakan analisis SWOT untuk menentukan kebolehlaksanaan program e-pembelajaran. Analisis SWOT terdiri daripada Strengths, Weaknesses, Opportunity dan Threat. Apabila kita menggunakan analisis ini, kita akan dapat melihat peluang untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. Sebagai seorang guru, saya juga pernah menggunakan analisis SWOT ini terutamanya untuk membuat post morterm subjek selepas memperoleh keputusan SPM. Apabila telah berjaya menganalisis keperluan untuk membangunkan sesuatu media seperti e-bincang misalnya, proses akan diteruskan dengan melaksanakan ujian kebolehlaksanaan media tersebut. Proses seterusnya diterangkan dalam topik kesembilan iaitu reka bentuk den pembangunan. Mereka bentuk media perlu mengikut spesifikasi keperluan produk seperti yang telah dianalisis pada Fasa 1.Merujuk kepada model UDin, dalam mereka bentuk sesuatu media perlu ada lima elemen iaitu kandungan, teori, strategi, pedagogi dan nilai. Apabila media tersebut telah bersedia untuk dibangunkan, perlu disediakan instrument untuk menguji dan menyemak sama ada media tersebut sudah tersedia untuk dibangunkan atau belum. Instrument ini akan diberikan kepada pengguna terakhir seperti guru, murid dan pakar teknologi untuk menentukan kesesuaian pembangunan media tersebut. Sekiranya terdapat penambahbaikan, maka ia akan pergi ke Fasa 3 yang dibincangkan dalam topik kesepuluh. Topik kesepuluh membincangkan tentang proses implementasi dan penyelenggaraan. Proses implementasi hanya akan berlaku sekiranya ujian kebolehgunaan (melalui instrument misalnya) dilaksanakan di Fasa 2. Skala yang terdapat didalam instrument yang diedarkan kepada responden amat memainkan peranan dalam mengesan kebolehgunaan media. Misalnya, boleh menggunakan skala seperti ya atau tidak. Kemudian, data yang diperoleh akan dianalisis bagi tujuan penyelenggaraan dan pembinaan media ke fasa yang seterusnya. Setelah berlakunya proses implementasi dan penyelenggaran maka kita akan beralih pada topik yang terakhir dalam model UDin iaitu topik kesebelas mengenai impak dan permodelan. Pada topik terakhir ini, kita pasti ingin mengetahui impak terhadap media yang telah dihasilkan. Kajian impak dan permodelan ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat analisis dan penilaian, peringkat kedua pula memasukkan data ke dalam SPSS dan peringkat yang terakhir ialah peringkat permodelan dengan menggunakan data yang telah dikumpul. Apa yang dapat saya simpulkan, sebagai seorang pelajar di peringkat sarjana atau Phd, kita boleh menggunakan model UDin untuk membangunkan sesuatu media. Ini kerana model UDin telah lengkap untuk membantu kita bermula dari proses menganalisis sehingga ke proses permodelan. Pepatah Arab ada menyebut من جد وجد. Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya! Semuanya dengan kuasa dan izin dari-Nya. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini merupakan kelas pertama bersama Dr. Rosseni bagi subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Sebelum kelas bersama Dr., saya ternanti-nantikan apa yang bakal Dr. kongsikan kepada kami. Saya pernah bersama dengan Dr. semasa semester lepas bagi subjek Pengajaran Bantuan Komputer. Saya amat tertarik dengan kaedah pengajaran Dr. semasa semester lepas yang menggunakan green screen. Cuba lihat pada gambar di bawah, paparan wajah Dr. berada pada skrin. Itulah teknologi green screen yang Dr. gunakan. Ok, ini baru perkongsian pengalaman lalu. Jom, saya kongsikan pembelajaran hari ini. Kelas kami pada hari ini dimulakan seawal jam 2.00 petang. Kami berada di dua lokasi yang berbeza di mana Dr. berada di tanah suci untuk menunaikan ibadah haji. Semoga Dr. mendapat haji yang mabrur. Mohon doa dari Dr. agar kami berjaya menamatkan pengajian master kami dengan GOT. Dr. memulakan kelas dengan menerangkan topik yang kami akan pelajari pada hari ini iaitu: Modul Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan Media (DDR) Topik 1: Pengenalan Penyelidikan Pembangunan Media Topik 2: Model ID – Model Reka Bentuk Pengajaran & Pembelajaran Topik 3: Teori Pembelajaran Topik 4: Strategi Pembelajaran Bermakna Topik 5: Kaedah Pembelajaran Berorientasikan Masalah & Berasaskan Projek Modul Nilai Topik 1: Pendidikan Teknologi Disepadukan Nilai Topik 2: Pendidikan Disepadukan Nilai Topik 3: Nilai dalam Pembentukan Masyarakat Sejahtera Dr. menerangkan setiap topik secara ringkas. Di mana Dr. meminta kami untuk membaca dengan terperinci pada blog Dr. (https://rosseni.wordpress.com). Bagi Modul DDR, topik pertama yang Dr. bawakan kepada kami adalah berkaitan memanfaatkan media dengan baik agar dapat mengubah pemikiran seseorang. Perkongsian Dr. berkaitan perkara asas dalam media pengajaran dan pembelajaran adalah selari dengan apa yang pernah dikongsikan oleh Dr. Fariza dan Dr. Hafizah iaitu menentukan objektif, pentaksiran dan strategi pembelajaran. Apabila saya membaca mengenai teori Nine Events of instruction, saya terkesima kerana ia menyerupai amalan yang sering saya lakukan dalam PdP. Pasti rakan-rakan guru yang lain akan teruja jika mereka tahu bahawa amalan pengajaran mereka disandarkan dengan teori ini. Topik kedua menerangkan tentang model ID, ID secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai proses sistematik kepada pelan penyediaan bahan pengajaran dan aktiviti yang akan melahirkan pembelajaran yang menarik. Kebanyakan model ID dari luar negara hanya memfokuskan kepada salah satu daripada tiga aspek iaitu proses pembelajaran, pembangunan produk dan model reka bentuk yang berfokus kepada sistem. Contohnya, model ASSURE hanya berfokus kepada proses pembelajaran. Manakala model ADDIE hanya memfokuskan kepada pembangunan produk. Model Pembangunan dan model IDI pula berfokus kepada reka bentuk sistem. Pengenalan kepada model Rengkas atau UDin telah membuka mata saya bahawa model ini lebih komprehensif yang merangkumi ketiga-tiga aspek di atas. Teori pembelajaran merupakan topik ketiga dalam modul DDR. Topik ini tidak asing lagi dalam kalangan pendidik. Malah teori ini akan memandu pendidik untuk menyepadukannya didalam sesi PdP. Teori yang biasa kita dengar seperti teori pembelajaran tingkah laku, konstruktivisme, kognitivisme, kontekstual dan sebagainya. Setelah seorang pendidik dapat mengenalpasti teori pembelajaran yang akan digunakan, maka langkah seterusnya adalah menentukan strategi pembelajaran yang akan digunakan. Topik keempat telah membincangkan secara terperinci strategi pembelajaran yang perlu dirancang oleh pendidik untuk menghasilkan pembelajaran bermakna. Saya amat tertarik dengan perkongsian Dr. mengenai penggunaan teknologi bukan hanya sekadar penggunaan media dalam PdP tetapi media merupakan pemudahcara untuk mencapai pembelajaran bermakna. Penggunaan teknologi dapat kita lihat begitu pesat semasa negara kita dilanda virus Covid-19 tempoh hari. Para pendidik berusaha keras untuk memantapkan kaedah pengajaran mereka agar sesi PdP dapat berjalan dengan baik. Penggunaan teknologi dalam strategi pembelajaran sebenarnya tidak lari dari lima aspek ini, untuk mewujudkan pembelajaran yang aktif, konstruktif, bermatlamat, autentik dan kooperatif. Pada topik kelima apabila membaca pengalaman Dr., saya rasa ada iras dengan pengalaman saya. Di mana, ketika saya meminta murid mencari maklumat dengan menggunakan iPad mereka, pasti ada murid yang akan melencong dengan membuka tatapan lain seperti game, gambar dan sebagainya. Maka dapat saya simpulkan bahawa seorang pendidik perlu bijak memilih kaedah pengajaran agar PdP berjalan seiring dengan apa yang dikehendaki oleh guru. Antara kaedah pengajaran yang dicadangkan oleh Dr. ialah kaedah pembelajaran bermodul, kaedah pembelajaran PoPeye (Kaedah Projek Berorentasikan Masalah) dan kaedah pembelajaran dan gaya belajar. Suka untuk saya cadangkan kepada para pendidik untuk membaca buku Pembelajaran Aktif agar dapat mempelbagaikan aktiviti semasa PdP. Refleksi seterusnya berkaitan Modul Nilai yang dikongsikan di blog Dr. Hasil pembacaan saya terhadap ketiga-tiga tajuk untuk modul ini, saya amat teruja apabila Dr. mengetengahkan tentang masyarakat 5.0. Sebelum ini saya hanya mengetahui tentang revolusi 4.0, rupanya di Jepun telah berlaku peredaran kepada masyarakat 5.0. Apabila Dr. menonjolkan tokoh Said Nursi Badiuzzaman, terus membawa ingatan saya kepada salah satu subtopik di dalam bidang Tamadun Islam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan 5. Di mana, karya yang dihasilkan oleh Said Nursi iaitu Risalah an-Nur telah digunakan sebagai metod dakwahnya dan ia mendapat sambungan dari orang ramai walaupun risalah ini disebarkan secara sembunyi-sembunyi. Perkongsian Dr. mengenai penerapan nilai dalam pendidikan sebenarnya selari dengan usaha KPM memasukkan elemen nilai bagi mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Islam, Sejarah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Penekanan aspek nilai ini dapat kita lihat ia dipandang serius oleh pihak atasan untuk melahirkan murid yang bersahsiah tinggi. Malah elemen nilai ini juga turut dijadikan sebagai pengukur dalam pentaksiran murid. Penerapan nilai ini memerlukan kesepaduan daripada semua pihak. Jika kita lihat, ibu bapa yang merupakan pendidik pertama murid telah menerapkan aspek nilai semenjak dari kecil lagi. Kebanyakan pakar telah menyatakan bahawa anak kecil bukannya mengikut apa yang di suruh oleh ibu bapa tetapi mereka mencontohi akhlak ibu bapa mereka. Jika baik budi pekerti ibu bapa maka secara natijahnya dapat menjadi tauladan dan contoh serta ikutan kepada anak mereka. Tugas guru di sekolah juga penting sebagai agen penyampai nilai-nilai murni kepada murid. Hakikatnya, membentuk generasi revolusi 4.0 agar berkembang menjadi masyarakat 5.0 memerlukan perhatian semua pihak. Walaupun ia kelihatan sukar tetapi tiada yang mustahil jika diizinkan dari Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya setiap anak itu dilahirkan secara fitrahnya (suci), kitalah yang akan mencorakkan anak tersebut dengan acuan yang sebenarnya.
Kesimpulannya, saya begitu teruja dengan sesi pembelajaran hari ini. Banyak ilmu-ilmu baharu yang saya dapat apabila membaca perkongsian dari Dr. Benarlah kata pepatah, ilmu ini amat luas ibarat setitis air di lautan. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat hari dari perkongsian ini. Hari ini kelas bersama Dr. Hafizah dan ini adalah kelas pertama saya bersama Dr. Untuk kelas hari ini Dr. akan membincangkan tentang ID Model. Topik ini juga ada diterangkan secara ringkas oleh Dr. Fariza pada kelas yang lalu. Apa itu Instructional? Secara ringkasnya ia adalah apa yang kita ingin ketengahkan dan Design pula merupakan satu perkara yang kreatif. Apabila digabungkan kedua perkataan (ID) ini, ia merujuk kepada satu kaedah yang akan membantu guru (contohnya) untuk menghasilkan bahan PdP yang kreatif. Ia adalah satu proses yang dirancang secara sistematik. Contoh-contoh ID model ialah ADDIE, ASSURE, ARCS, Morrison Ross and Kemp dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, menurut Dr. ADDIE bukanlah suatu model tetapi ia adalah fasa kepada pelaksanaan ID tersebut. Secara ringkasnya, ADDIE merujuk kepada lima fasa iaitu:
ASSURE Model pula merupakan model yang sesuai untuk dilaksanakan didalam kelas. ASSURE merujuk kepada:
Seterusnya adalah ARCS Model yang di asaskan oleh John Keller. Model ini digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan motivasi murid agar murid lebih tertumpu dalam PdP. Terdapat empat elemen dalam model ini iaitu:
Model yang terakhir di terangkan oleh Dr. ialah Morrison Ross and Kemp Model. Model ini menerapkan pembelajaran secara kognigtif. Model ini mempunyai 9 elemen dan ia berbentuk bulat. Oleh kerana ia berbetuk bulat maka ia boleh bermula dengan mana-mana dari 9 elemen tersebut.
Banyak ilmu yang saya peroleh untuk kelas hari ini. ID model adalah sesuatu yang amat baru bagi saya. Setelah mendengar penerangan dari Dr., dapatlah saya simpulkan seorang guru perlu menggunakan model-model ini untuk menjadikan pengajaran kita lebih berkualiti dan sistematik. Saya akan berusaha untuk menggunakan model ini dalam PdP saya nanti.
Hari yang mendebarkan bagi saya. Pembentangan kumpulan. Kumpulan kami memilih untuk menjadi pembentang pertama. Kami membentangkan tajuk Ripples Model. Ahli kumpulan saya terdiri daripada saya, Akmal dan Atiqah. Mereka merupakan pelajar TESL. Masalah utama saya adalah slide yang saya hasilkan didalam English tetapi pembentangan saya didalam Bahasa Melayu. Maklumlah saya ini kurang cerdik sikit untuk berbahasa English. Jarang-jarang saya menyediakan skrip untuk membentang, selalunya hanya bahan sokongan sahaja. Memang panjang skripnya. Ya ampun. Alhamdulillah, kami berjaya membentangkan hasil kerja kami. Komen yang kami terima daripada Dr. Fariza ialah kami dapat membentangkan dengan komperehensif dan memberi penerangan dengan jelas. Malah Dr. turut menggemari cara kami membuat penyusunan terhadap perubahan teori inovasi berdasarkan tahun dan tokoh (rujuk gambar kedua). Pembentangan kedua diteruskan dengan kumpulan Jeyanthy, Mahirah dan Vicky. Mereka membentangkan tajuk Diffusion of Innovations. Mereka dapat membentangkan dengan baik walaupun sebenarnya tajuk mereka ini sangat banyak untuk dihuraikan. Dr. juga bersyukur dengan kumpulan ini kerana mereka telah menerangkan tentang inovasi diawal pembentangan. Pembentangan terakhir oleh kumpulan Jamunnah, Kalai dan Aisyah. Tajuk mereka ialah Elly's Condition of Change. Pembentangan yang disampaikan oleh mereka sangat jelas. Terdapat 8 elemen yang boleh digunakan untuk membawa perubahan. Contohnya peralihan penggunaan Vle Frog kepada Google Classroom. Kesimpulannya, setelah mengetahui tentang tiga teori ini apabila kita ingin mengadaptasikan sesuatu teknologi kita perlu melihat kepada penggunaan, penerimaan dan pelaksanaannya. Kelas di akhiri dengan perincian tugasan mini kajian dan projek AR yang perlu kami jalankan. Selamat maju jaya untuk mini kajian dan projek AR.
Refleksi yang akan saya buat pada hari ini adalah berkaitan Domain dalam Teknologi. Jom kita lihat topik yang diberikan oleh Dr. Fariza untuk kami ulas. Bagi soalan pertama, terdapat lima domain didalam Teknologi Pendidikan iaitu Design, Development, Utilization, Management dan Evaluation.
Bagi soalan kedua: Design (Reka Bantuk) Suatu proses yang teratur dan bersistematik di mana seorang pendidik perlu:
Development (Pembangunan) Apabila kita ingin membangunkan suatu bahan ia bermaksud, sama ada kita mengoleh bahan yang telah sedia ada (content curations) atau membangunkan bahan bermula dari awal (content creation). Pembangunan bahan tersebut perlu berlandaskan kepada teori-teori tertentu. Utilization (Penggunaan) Setelah kita membangunkan suatu bahan, hanya kita sahaja yang mengetahui penggunaan bahan tersebut. Maka dalam proses ini, kita perlu memastikan kita menyediakan manual atau panduan untuk kegunaan pengguna. Manual atau panduan amat penting bagi memastikan bahan tersebut dapat digunapakai dengan sebaiknya dan menjadi rutin yang berterusan. Management (Pengurusan) Ia bermula dengan perancangan dari pihak atasan seperti KPM dan punca kuasa tersebut diturunkan kepada JPN, PPD untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Pihak atasan akan membuat pemerhatian dan memberi bantuan seperti dari aspek latihan dan sebagainya. Evaluation (Penilaian) Ia adalah satu proses untuk menentukan atau menilai tentang pencapaian objektif yang telah dibina. Ia boleh berlaku dipertengahan pembelajaran atau di akhir pembelajaran. Penilaian ini boleh berlaku dalam bentuk sumatif atau formatif. Seterusnya bagi soalan ketiga, pada pendapat saya domain yang paling sukar ialah development (pembangunan). Domain ini memerlukan pelbagai kemahiran untuk digabungjalin bagi membentuk penghasilan sesuatu bahan. Pastinya seorang pendidik juga perlu mahir dengan pelbagai kaedah pengajaran sama ada kaedah tradisional atau moden. Kelas pertama untuk subjek Sumber Teknologi dalam Pendidikan. Excited! Saya tertunggu-tunggu untuk mengetahui bagaimana cara membina laman web sendiri. Kelas dimulakan dengan objektif yang ingin dicapai pada hari ini. Seterusnya, Dr. menerangkan tugasan-tugasan yang perlu kami selesaikan. Dok terfikir, siapalah ahli kumpulan saya ini. Maklumlah, saya memang tidak mengenali sesiapa pon dalam kelas ini. Kelas diteruskan dengan penerangan Dr. tentang Konsep Teknologi. Antara yang menariknya, Dr. menyebut beberapa tokoh didalam bidang teknologi seperti Heinich, Molenda dan Russell. Sejujurnya, nama-nama ini asing bagi saya berikutan saya bukanlah dari bidang Teknologi. Perkongsian Dr. ini amat membantu saya untuk mencari bahan bacaan dalam bidang Teknologi. Di akhir kelas, Dr. meminta kami menjawab soalan yang telah Dr. berikan. Untuk soalan pertama, berdasarkan pemahaman saya berkaitan Teknologi Pengajaran ialah ia merupakan suatu proses yang sistematik untuk seorang pendidik mereka bentuk kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berdasarkan objektif yang ingin dicapai. Proses itu sudah pasti perlu dilakukan sebelum seorang pendidik memulakan sesi PdP mereka.
Bagi soalan kedua, jika terdapat dua orang guru bagi subjek yang sama (contohnya Pendidikan Islam) dan apabila mereka mengajar topik yang sama (contohnya Konsep Bersuci), sudah pasti proses yang direka oleh kedua guru tersebut akan berbeza tetapi mereka tetap akan mencapai objektif pembelajaran yang sama seperti yang telah ditetapkan oleh KPM. Setiap kali proses pengajaran berlaku, pendidik akan menggunakan teknologi untuk memudahkan proses pengajaran mereka. Setelah mendengar penerangan DR., baru saya tahu bahawa whiteboard, marker, kerusi, meja juga termasuk sebagai teknologi. Teknologi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tradisional dan moden. Terima kasih Dr. untuk ilmu hari ini. Banyak perkara baru yang saya pelajari hari ini. Topik pada kelas yang akan datang, Dr. akan memperincikan tentang lima domain dalam teknologi. |