Refleksi yang akan saya buat pada hari ini adalah berkaitan Domain dalam Teknologi. Jom kita lihat topik yang diberikan oleh Dr. Fariza untuk kami ulas. Bagi soalan pertama, terdapat lima domain didalam Teknologi Pendidikan iaitu Design, Development, Utilization, Management dan Evaluation.
Bagi soalan kedua: Design (Reka Bantuk) Suatu proses yang teratur dan bersistematik di mana seorang pendidik perlu:
Development (Pembangunan) Apabila kita ingin membangunkan suatu bahan ia bermaksud, sama ada kita mengoleh bahan yang telah sedia ada (content curations) atau membangunkan bahan bermula dari awal (content creation). Pembangunan bahan tersebut perlu berlandaskan kepada teori-teori tertentu. Utilization (Penggunaan) Setelah kita membangunkan suatu bahan, hanya kita sahaja yang mengetahui penggunaan bahan tersebut. Maka dalam proses ini, kita perlu memastikan kita menyediakan manual atau panduan untuk kegunaan pengguna. Manual atau panduan amat penting bagi memastikan bahan tersebut dapat digunapakai dengan sebaiknya dan menjadi rutin yang berterusan. Management (Pengurusan) Ia bermula dengan perancangan dari pihak atasan seperti KPM dan punca kuasa tersebut diturunkan kepada JPN, PPD untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah. Pihak atasan akan membuat pemerhatian dan memberi bantuan seperti dari aspek latihan dan sebagainya. Evaluation (Penilaian) Ia adalah satu proses untuk menentukan atau menilai tentang pencapaian objektif yang telah dibina. Ia boleh berlaku dipertengahan pembelajaran atau di akhir pembelajaran. Penilaian ini boleh berlaku dalam bentuk sumatif atau formatif. Seterusnya bagi soalan ketiga, pada pendapat saya domain yang paling sukar ialah development (pembangunan). Domain ini memerlukan pelbagai kemahiran untuk digabungjalin bagi membentuk penghasilan sesuatu bahan. Pastinya seorang pendidik juga perlu mahir dengan pelbagai kaedah pengajaran sama ada kaedah tradisional atau moden.
0 Comments
Kelas pertama untuk subjek Sumber Teknologi dalam Pendidikan. Excited! Saya tertunggu-tunggu untuk mengetahui bagaimana cara membina laman web sendiri. Kelas dimulakan dengan objektif yang ingin dicapai pada hari ini. Seterusnya, Dr. menerangkan tugasan-tugasan yang perlu kami selesaikan. Dok terfikir, siapalah ahli kumpulan saya ini. Maklumlah, saya memang tidak mengenali sesiapa pon dalam kelas ini. Kelas diteruskan dengan penerangan Dr. tentang Konsep Teknologi. Antara yang menariknya, Dr. menyebut beberapa tokoh didalam bidang teknologi seperti Heinich, Molenda dan Russell. Sejujurnya, nama-nama ini asing bagi saya berikutan saya bukanlah dari bidang Teknologi. Perkongsian Dr. ini amat membantu saya untuk mencari bahan bacaan dalam bidang Teknologi. Di akhir kelas, Dr. meminta kami menjawab soalan yang telah Dr. berikan. Untuk soalan pertama, berdasarkan pemahaman saya berkaitan Teknologi Pengajaran ialah ia merupakan suatu proses yang sistematik untuk seorang pendidik mereka bentuk kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berdasarkan objektif yang ingin dicapai. Proses itu sudah pasti perlu dilakukan sebelum seorang pendidik memulakan sesi PdP mereka.
Bagi soalan kedua, jika terdapat dua orang guru bagi subjek yang sama (contohnya Pendidikan Islam) dan apabila mereka mengajar topik yang sama (contohnya Konsep Bersuci), sudah pasti proses yang direka oleh kedua guru tersebut akan berbeza tetapi mereka tetap akan mencapai objektif pembelajaran yang sama seperti yang telah ditetapkan oleh KPM. Setiap kali proses pengajaran berlaku, pendidik akan menggunakan teknologi untuk memudahkan proses pengajaran mereka. Setelah mendengar penerangan DR., baru saya tahu bahawa whiteboard, marker, kerusi, meja juga termasuk sebagai teknologi. Teknologi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu tradisional dan moden. Terima kasih Dr. untuk ilmu hari ini. Banyak perkara baru yang saya pelajari hari ini. Topik pada kelas yang akan datang, Dr. akan memperincikan tentang lima domain dalam teknologi. |