Hari yang mendebarkan bagi saya. Pembentangan kumpulan. Kumpulan kami memilih untuk menjadi pembentang pertama. Kami membentangkan tajuk Ripples Model. Ahli kumpulan saya terdiri daripada saya, Akmal dan Atiqah. Mereka merupakan pelajar TESL. Masalah utama saya adalah slide yang saya hasilkan didalam English tetapi pembentangan saya didalam Bahasa Melayu. Maklumlah saya ini kurang cerdik sikit untuk berbahasa English. Jarang-jarang saya menyediakan skrip untuk membentang, selalunya hanya bahan sokongan sahaja. Memang panjang skripnya. Ya ampun. Alhamdulillah, kami berjaya membentangkan hasil kerja kami. Komen yang kami terima daripada Dr. Fariza ialah kami dapat membentangkan dengan komperehensif dan memberi penerangan dengan jelas. Malah Dr. turut menggemari cara kami membuat penyusunan terhadap perubahan teori inovasi berdasarkan tahun dan tokoh (rujuk gambar kedua). Pembentangan kedua diteruskan dengan kumpulan Jeyanthy, Mahirah dan Vicky. Mereka membentangkan tajuk Diffusion of Innovations. Mereka dapat membentangkan dengan baik walaupun sebenarnya tajuk mereka ini sangat banyak untuk dihuraikan. Dr. juga bersyukur dengan kumpulan ini kerana mereka telah menerangkan tentang inovasi diawal pembentangan. Pembentangan terakhir oleh kumpulan Jamunnah, Kalai dan Aisyah. Tajuk mereka ialah Elly's Condition of Change. Pembentangan yang disampaikan oleh mereka sangat jelas. Terdapat 8 elemen yang boleh digunakan untuk membawa perubahan. Contohnya peralihan penggunaan Vle Frog kepada Google Classroom. Kesimpulannya, setelah mengetahui tentang tiga teori ini apabila kita ingin mengadaptasikan sesuatu teknologi kita perlu melihat kepada penggunaan, penerimaan dan pelaksanaannya. Kelas di akhiri dengan perincian tugasan mini kajian dan projek AR yang perlu kami jalankan. Selamat maju jaya untuk mini kajian dan projek AR.
0 Comments
|