Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kelas hari ini diadakan pada pukul 2.00 petang iaitu awal satu jam dari jadual sebenar. Dr. memberi pilihan kepada kami untuk memilih sama ada kelas secara atas talian menggunakan Zoom atau membuat pembacaan kendiri dari laman web Dr. Rata-rata dari kami memilih untuk membuat pembacaan kendiri. Dr. meminta kami membaca tajuk berkaitan model Universal Design and Agile Development (UDin) atau dalam bahasa Melayunya, Model Reka Bentuk Universal dan Pembangunan Tangkas (Rengkas). Terdapat empat topik yang akan dibincangkan untuk topik ini iaitu:
Model UDin @ Rengkas Topik 8: Pembangunan Media Fasa 1: Analisis dan Kebolehlaksanaan Topik 9: Pembangunan Media Fasa 2: Reka Bentuk dan Pembangunan Topik 10: Pembangunan Media Fasa 3: Implementasi dan Penyenggaraan Topik 11: Pembangunan Media Fasa 4: Impak dan Permodelan Topik kelapan membincangkan tentang perkembangan dunia pendidikan ke arah pembangunan program e-pembelajaran. Bagi menghasilkan e-pembelajaran yang terbaik ia perlu perlu dirancang dengan sistematik iaitu bermula di peringkat reka bentuk dan pembangunan serta proses pelaksanaannya. Bagi Fasa 1 ini, kajian Dr. telah menggunakan analisis SWOT untuk menentukan kebolehlaksanaan program e-pembelajaran. Analisis SWOT terdiri daripada Strengths, Weaknesses, Opportunity dan Threat. Apabila kita menggunakan analisis ini, kita akan dapat melihat peluang untuk menghasilkan sesuatu yang baharu. Sebagai seorang guru, saya juga pernah menggunakan analisis SWOT ini terutamanya untuk membuat post morterm subjek selepas memperoleh keputusan SPM. Apabila telah berjaya menganalisis keperluan untuk membangunkan sesuatu media seperti e-bincang misalnya, proses akan diteruskan dengan melaksanakan ujian kebolehlaksanaan media tersebut. Proses seterusnya diterangkan dalam topik kesembilan iaitu reka bentuk den pembangunan. Mereka bentuk media perlu mengikut spesifikasi keperluan produk seperti yang telah dianalisis pada Fasa 1.Merujuk kepada model UDin, dalam mereka bentuk sesuatu media perlu ada lima elemen iaitu kandungan, teori, strategi, pedagogi dan nilai. Apabila media tersebut telah bersedia untuk dibangunkan, perlu disediakan instrument untuk menguji dan menyemak sama ada media tersebut sudah tersedia untuk dibangunkan atau belum. Instrument ini akan diberikan kepada pengguna terakhir seperti guru, murid dan pakar teknologi untuk menentukan kesesuaian pembangunan media tersebut. Sekiranya terdapat penambahbaikan, maka ia akan pergi ke Fasa 3 yang dibincangkan dalam topik kesepuluh. Topik kesepuluh membincangkan tentang proses implementasi dan penyelenggaraan. Proses implementasi hanya akan berlaku sekiranya ujian kebolehgunaan (melalui instrument misalnya) dilaksanakan di Fasa 2. Skala yang terdapat didalam instrument yang diedarkan kepada responden amat memainkan peranan dalam mengesan kebolehgunaan media. Misalnya, boleh menggunakan skala seperti ya atau tidak. Kemudian, data yang diperoleh akan dianalisis bagi tujuan penyelenggaraan dan pembinaan media ke fasa yang seterusnya. Setelah berlakunya proses implementasi dan penyelenggaran maka kita akan beralih pada topik yang terakhir dalam model UDin iaitu topik kesebelas mengenai impak dan permodelan. Pada topik terakhir ini, kita pasti ingin mengetahui impak terhadap media yang telah dihasilkan. Kajian impak dan permodelan ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah peringkat analisis dan penilaian, peringkat kedua pula memasukkan data ke dalam SPSS dan peringkat yang terakhir ialah peringkat permodelan dengan menggunakan data yang telah dikumpul. Apa yang dapat saya simpulkan, sebagai seorang pelajar di peringkat sarjana atau Phd, kita boleh menggunakan model UDin untuk membangunkan sesuatu media. Ini kerana model UDin telah lengkap untuk membantu kita bermula dari proses menganalisis sehingga ke proses permodelan. Pepatah Arab ada menyebut من جد وجد. Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya! Semuanya dengan kuasa dan izin dari-Nya.
0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini merupakan kelas pertama bersama Dr. Rosseni bagi subjek Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Sebelum kelas bersama Dr., saya ternanti-nantikan apa yang bakal Dr. kongsikan kepada kami. Saya pernah bersama dengan Dr. semasa semester lepas bagi subjek Pengajaran Bantuan Komputer. Saya amat tertarik dengan kaedah pengajaran Dr. semasa semester lepas yang menggunakan green screen. Cuba lihat pada gambar di bawah, paparan wajah Dr. berada pada skrin. Itulah teknologi green screen yang Dr. gunakan. Ok, ini baru perkongsian pengalaman lalu. Jom, saya kongsikan pembelajaran hari ini. Kelas kami pada hari ini dimulakan seawal jam 2.00 petang. Kami berada di dua lokasi yang berbeza di mana Dr. berada di tanah suci untuk menunaikan ibadah haji. Semoga Dr. mendapat haji yang mabrur. Mohon doa dari Dr. agar kami berjaya menamatkan pengajian master kami dengan GOT. Dr. memulakan kelas dengan menerangkan topik yang kami akan pelajari pada hari ini iaitu: Modul Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan Media (DDR) Topik 1: Pengenalan Penyelidikan Pembangunan Media Topik 2: Model ID – Model Reka Bentuk Pengajaran & Pembelajaran Topik 3: Teori Pembelajaran Topik 4: Strategi Pembelajaran Bermakna Topik 5: Kaedah Pembelajaran Berorientasikan Masalah & Berasaskan Projek Modul Nilai Topik 1: Pendidikan Teknologi Disepadukan Nilai Topik 2: Pendidikan Disepadukan Nilai Topik 3: Nilai dalam Pembentukan Masyarakat Sejahtera Dr. menerangkan setiap topik secara ringkas. Di mana Dr. meminta kami untuk membaca dengan terperinci pada blog Dr. (https://rosseni.wordpress.com). Bagi Modul DDR, topik pertama yang Dr. bawakan kepada kami adalah berkaitan memanfaatkan media dengan baik agar dapat mengubah pemikiran seseorang. Perkongsian Dr. berkaitan perkara asas dalam media pengajaran dan pembelajaran adalah selari dengan apa yang pernah dikongsikan oleh Dr. Fariza dan Dr. Hafizah iaitu menentukan objektif, pentaksiran dan strategi pembelajaran. Apabila saya membaca mengenai teori Nine Events of instruction, saya terkesima kerana ia menyerupai amalan yang sering saya lakukan dalam PdP. Pasti rakan-rakan guru yang lain akan teruja jika mereka tahu bahawa amalan pengajaran mereka disandarkan dengan teori ini. Topik kedua menerangkan tentang model ID, ID secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai proses sistematik kepada pelan penyediaan bahan pengajaran dan aktiviti yang akan melahirkan pembelajaran yang menarik. Kebanyakan model ID dari luar negara hanya memfokuskan kepada salah satu daripada tiga aspek iaitu proses pembelajaran, pembangunan produk dan model reka bentuk yang berfokus kepada sistem. Contohnya, model ASSURE hanya berfokus kepada proses pembelajaran. Manakala model ADDIE hanya memfokuskan kepada pembangunan produk. Model Pembangunan dan model IDI pula berfokus kepada reka bentuk sistem. Pengenalan kepada model Rengkas atau UDin telah membuka mata saya bahawa model ini lebih komprehensif yang merangkumi ketiga-tiga aspek di atas. Teori pembelajaran merupakan topik ketiga dalam modul DDR. Topik ini tidak asing lagi dalam kalangan pendidik. Malah teori ini akan memandu pendidik untuk menyepadukannya didalam sesi PdP. Teori yang biasa kita dengar seperti teori pembelajaran tingkah laku, konstruktivisme, kognitivisme, kontekstual dan sebagainya. Setelah seorang pendidik dapat mengenalpasti teori pembelajaran yang akan digunakan, maka langkah seterusnya adalah menentukan strategi pembelajaran yang akan digunakan. Topik keempat telah membincangkan secara terperinci strategi pembelajaran yang perlu dirancang oleh pendidik untuk menghasilkan pembelajaran bermakna. Saya amat tertarik dengan perkongsian Dr. mengenai penggunaan teknologi bukan hanya sekadar penggunaan media dalam PdP tetapi media merupakan pemudahcara untuk mencapai pembelajaran bermakna. Penggunaan teknologi dapat kita lihat begitu pesat semasa negara kita dilanda virus Covid-19 tempoh hari. Para pendidik berusaha keras untuk memantapkan kaedah pengajaran mereka agar sesi PdP dapat berjalan dengan baik. Penggunaan teknologi dalam strategi pembelajaran sebenarnya tidak lari dari lima aspek ini, untuk mewujudkan pembelajaran yang aktif, konstruktif, bermatlamat, autentik dan kooperatif. Pada topik kelima apabila membaca pengalaman Dr., saya rasa ada iras dengan pengalaman saya. Di mana, ketika saya meminta murid mencari maklumat dengan menggunakan iPad mereka, pasti ada murid yang akan melencong dengan membuka tatapan lain seperti game, gambar dan sebagainya. Maka dapat saya simpulkan bahawa seorang pendidik perlu bijak memilih kaedah pengajaran agar PdP berjalan seiring dengan apa yang dikehendaki oleh guru. Antara kaedah pengajaran yang dicadangkan oleh Dr. ialah kaedah pembelajaran bermodul, kaedah pembelajaran PoPeye (Kaedah Projek Berorentasikan Masalah) dan kaedah pembelajaran dan gaya belajar. Suka untuk saya cadangkan kepada para pendidik untuk membaca buku Pembelajaran Aktif agar dapat mempelbagaikan aktiviti semasa PdP. Refleksi seterusnya berkaitan Modul Nilai yang dikongsikan di blog Dr. Hasil pembacaan saya terhadap ketiga-tiga tajuk untuk modul ini, saya amat teruja apabila Dr. mengetengahkan tentang masyarakat 5.0. Sebelum ini saya hanya mengetahui tentang revolusi 4.0, rupanya di Jepun telah berlaku peredaran kepada masyarakat 5.0. Apabila Dr. menonjolkan tokoh Said Nursi Badiuzzaman, terus membawa ingatan saya kepada salah satu subtopik di dalam bidang Tamadun Islam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah tingkatan 5. Di mana, karya yang dihasilkan oleh Said Nursi iaitu Risalah an-Nur telah digunakan sebagai metod dakwahnya dan ia mendapat sambungan dari orang ramai walaupun risalah ini disebarkan secara sembunyi-sembunyi. Perkongsian Dr. mengenai penerapan nilai dalam pendidikan sebenarnya selari dengan usaha KPM memasukkan elemen nilai bagi mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Islam, Sejarah, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Penekanan aspek nilai ini dapat kita lihat ia dipandang serius oleh pihak atasan untuk melahirkan murid yang bersahsiah tinggi. Malah elemen nilai ini juga turut dijadikan sebagai pengukur dalam pentaksiran murid. Penerapan nilai ini memerlukan kesepaduan daripada semua pihak. Jika kita lihat, ibu bapa yang merupakan pendidik pertama murid telah menerapkan aspek nilai semenjak dari kecil lagi. Kebanyakan pakar telah menyatakan bahawa anak kecil bukannya mengikut apa yang di suruh oleh ibu bapa tetapi mereka mencontohi akhlak ibu bapa mereka. Jika baik budi pekerti ibu bapa maka secara natijahnya dapat menjadi tauladan dan contoh serta ikutan kepada anak mereka. Tugas guru di sekolah juga penting sebagai agen penyampai nilai-nilai murni kepada murid. Hakikatnya, membentuk generasi revolusi 4.0 agar berkembang menjadi masyarakat 5.0 memerlukan perhatian semua pihak. Walaupun ia kelihatan sukar tetapi tiada yang mustahil jika diizinkan dari Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya setiap anak itu dilahirkan secara fitrahnya (suci), kitalah yang akan mencorakkan anak tersebut dengan acuan yang sebenarnya.
Kesimpulannya, saya begitu teruja dengan sesi pembelajaran hari ini. Banyak ilmu-ilmu baharu yang saya dapat apabila membaca perkongsian dari Dr. Benarlah kata pepatah, ilmu ini amat luas ibarat setitis air di lautan. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat hari dari perkongsian ini. Hari ini kelas bersama Dr. Hafizah dan ini adalah kelas pertama saya bersama Dr. Untuk kelas hari ini Dr. akan membincangkan tentang ID Model. Topik ini juga ada diterangkan secara ringkas oleh Dr. Fariza pada kelas yang lalu. Apa itu Instructional? Secara ringkasnya ia adalah apa yang kita ingin ketengahkan dan Design pula merupakan satu perkara yang kreatif. Apabila digabungkan kedua perkataan (ID) ini, ia merujuk kepada satu kaedah yang akan membantu guru (contohnya) untuk menghasilkan bahan PdP yang kreatif. Ia adalah satu proses yang dirancang secara sistematik. Contoh-contoh ID model ialah ADDIE, ASSURE, ARCS, Morrison Ross and Kemp dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, menurut Dr. ADDIE bukanlah suatu model tetapi ia adalah fasa kepada pelaksanaan ID tersebut. Secara ringkasnya, ADDIE merujuk kepada lima fasa iaitu:
ASSURE Model pula merupakan model yang sesuai untuk dilaksanakan didalam kelas. ASSURE merujuk kepada:
Seterusnya adalah ARCS Model yang di asaskan oleh John Keller. Model ini digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh meningkatkan motivasi murid agar murid lebih tertumpu dalam PdP. Terdapat empat elemen dalam model ini iaitu:
Model yang terakhir di terangkan oleh Dr. ialah Morrison Ross and Kemp Model. Model ini menerapkan pembelajaran secara kognigtif. Model ini mempunyai 9 elemen dan ia berbentuk bulat. Oleh kerana ia berbetuk bulat maka ia boleh bermula dengan mana-mana dari 9 elemen tersebut.
Banyak ilmu yang saya peroleh untuk kelas hari ini. ID model adalah sesuatu yang amat baru bagi saya. Setelah mendengar penerangan dari Dr., dapatlah saya simpulkan seorang guru perlu menggunakan model-model ini untuk menjadikan pengajaran kita lebih berkualiti dan sistematik. Saya akan berusaha untuk menggunakan model ini dalam PdP saya nanti.
|