Catatan pada 6 April 2021
Setelah bertahun2 saya isi borang utk sambung master, alhamdulillah Allah rezekikan tahun ini untuk dipanggil temuduga. Sebelum2 ini memang memohon bidang Pendidikan Islam. Allah rezekikan tahun 2019, seorang calon PhD dtg utk menemu bual saya dan beliau mengajar saya cara untuk mengisi borang permohonan (online). Barulah terasa yakin utk dipanggil temuduga setelah peroleh tips dari beliau. Terima kasih Zaidi. Cuma tahun 2020, masih tiada rezeki untuk dipanggil temuduga. 6/4/21 (2.00pm) : IPG Pendidikan Islam, Bangi Tahun ini saya cuba tukar bidang. Ambil bidang Teknologi Pendidikan. Memang jauh beza dengan ustazahnya Kali ini arahannya untuk menyediakan proposal sekurang-kurangnya 5 helai. Bayangkan hari nak temuduga jam 12.45pm baru siap proposal, betul2 xde idea sepanjang 2 minggu setelah tahu keputusan layak utk di temuduga. Sampai sana pon agak lewat, beberapa minit sebelum jam 2.00pm. Sepatutnya 30minit perlu berada di sana untuk mendengar taklimat. Calon lain pon dh keluar dr bilik taklimat Masuk bilik temuduga secara berkumpulan. Saya dpt bilik B3 dan kami seramai 3 orang. Seorang wanita India, lelaki Melayu dan saya. Panel terdiri dari 2 orang wanita dan seorang lelaki semuanya berbangsa Melayu. Ketika ditemuduga, terdapat 4 pusingan dan kami ditanya secara bergilir-gilir. Pusingan pertama adalah sesi perkenalkan diri. Alhamdulillah, bahasa Melayu je. Saya ni memang x mahir nak speaking London. Adeh! Pusingan kedua, panel lelaki meminta kami menerangkan tentang proposal kami. Pusingan ketiga, kami perlu menjawab soalan panel tentang proposal kami (lebih kurang macam kritikan terhadap proposal kami). Penting untuk kita faham betul-betul proposal terutamanya tentang gap kajian dengan kajian-kajian lepas. Dan pusingan terakhir tentang sumbangan kami terhadap pendidikan, kami bertiga bukanlah pure teknologi dan bagaimana mereka hendak memilih kami dan apa kelebihan kami? Fuh, inilah masa yang ditunggu2. Memang saya dah sedia dengan semua fail2 n inovasi2 yg pernah saya lakukan. Walaupun arahannya hanya membawa diri ke dalam bilik temuduga. Tetapi saya angkut semua barang2 dan fail2 yang saya dah bawa. Penat2 bawa dari rumah, naik bukit, naik tangga nak ke bilik temuduga dengan beratnya. Takkan nak tinggalkan di luar bilik begitu sahaja hahaha. Maka dari sebuah fail ke sebuah fail saya tunjukkan. Saya bawa 3 fail (inovasi dan kajian tindakan, penglibatan sebagai penceramah dan kaedah pdpc yg saya gunakan dlm kelas) kesemuanya berkaitan dengan teknologi. Saya juga membawa buku-buku yang saya tulis untuk dilihat oleh panel-panel. Selepas ini, mungkin saya boleh menulis buku yang lebih general agar boleh dijadikan cenderahati kepada panel. Sebab nak bagi buku teks dan buku latihan PSI kepada panel macam xsesuai. Akhir sekali, kesemua panel membuat rumusan untuk sesi temuduga ini. Mungkin sesi kami ini lebih dari masa yang ditetapkan (lupa dah tempoh masanya berapa minit), sampaikan ada urusetia yang datang buka pintu. Semoga bermanfaat untuk mereka yang akan ditemuduga. Selamat maju jaya!
0 Comments
Catatan ini merupakan kisah perjalananku ketika menunggu kedatangan nazir untuk penilaian. Sebelum proses penilaian, calon perlu mengisi borang guru cemerlang (peringkat pertama) dan hanya calon yang lulus peringkat pertama akan dipanggil untuk ke peringkat kedua (penilaian nazir). Sebelum nazir datang, mereka akan menghubungi calon. Nazir menghubungiku sekitar 2 minggu sebelum proses penilaian dan beliau hanya memaklumkan akan hadir pada minggu kedua atau minggu ketiga bulan September. Selepas menerima panggilan itu, bermulalah detik2 tidur tidak lena!
Minggu Kedua Bulan September 7/9/2020 - Isnin Dari semalam lagi aku dah bersembang-sembang dengan suami dan berdoa agar nazir tidak datang pada hari ini. Seperti yang telah dimaklumkan oleh nazir, beliau akan hadir pada minggu ke-2 atau ke-3 bulan September. Alhamdulillah, Allah makbulkan doaku. Setelah menunggu sehingga jam9.30 tiada kemunculan nazir. 8/9/2020 - Selasa Ikutkan hari ini aku terlibat dengan Bengkel Pemurnian Instrument SBP di SM Sains Selangor. Aku awal-awal telah maklumkan kepada ketua kumpulan yang akan hadir lewat kerana menunggu kehadiran nazir. Sekitar jam 9.30 pagi, tidak kelihatan kelibat nazir maka bermulalah perjalananku ke bengkal tersebut. 9/9/2020 - Rabu Shopee sale! Sibuk-sibuk pon masih ingat sale, tapi memang tak sempat nak membeli la jawabnya. Nak tengok sale apatah lagi. Seperti biasa pagi-pagi menunggu kehadiran nazir tetapi setelah jam 9.30 pagi nazir masih tidak kelihatan maka aku membuat keputusan untuk bersedia ke bengkel. Sudah tiga malam tidur tak cukup dok membelek dan melengkapkan fail. 10/9/2020 - Khamis Hari ketiga, hari terakhir bengkel. Seperti biasa, aku akan ke sekolah dahulu menunggu kehadiran nazir. Bezanya malam tadi aku tidur awal dan pagi ini bergerak lewat sedikit dari selalu untuk menunggu kehadiran nazir. Tup tup, belum sempat nak parking kereta, telefon berbunyi. Ah sudah, nama SMAP Kajang di skrin. Confirm nazir datang, telahku dalam hati. Panggilan tersebut aku jawab dan memang confirm NAZIR datang Bermulalah episod gelabah biawak hahahha Serba sedikit tentang proses penilaian nazir (2 orang nazir opsyen) 1. Perjumpaan nazir bersama pentadbir dan calon. 2. Nazir memaklumkan masa yang akan dinilai untuk pdp. Macam kes aku, pdp lewat lagi (jam11.00 pagi). 3. Maka aku bermula dengan pembentangan 10 slide seperti yang diminta. 4. Komen nazir terhadap pembentangan. Alhamdulillah nazir kata bagus dan menjawab kehendak soalan. 5. Sesi soal jawab tentang pendidikan, nazir tanya tentang isu pendidikan terkini, teori pengajaran, pekeliling dan dasar pendidikan. Semua tak boleh jawab. Isu semasa je yang aku taw jawab. Bertabahlah mak! 6. Nazir nasihatkan aku untuk jadi guru cemerlang mesti kena ingat pekeliling dan dasar-dasar. Aku take note pesanan tersebut. 7. Proses seterunya, nazir semak borang permohonan yang aku isi dahulu dan tanya bukti setiap yang aku tulis. Cuma ada kesalahan label pada borang di bahagian sumbangan, aku letak panel sepatutnya letak seperti contoh yang diberi (AJK, penceramah, pembentang, jurulatih) 8. Nazir minta betulkan borang dan print slaid pembentangan kemudian serah padanya. 9. Nazir minta aku bersiap sedia untuk pencerapan dan ketika ini mereka memeriksa fail yang aku telah sediakan. 10. Nazir meminta aku memanggil 3 orang rakan sekerja iaitu GKMP dan 2 orang rakan sejabatan untuk di temu bual. 10. Apabila sesi pdp hampir bermula, aku iring nazir masuk ke kelas dan mereka menyertai pdp sehingga selesai. Nazir memanggil beberapa orang murid dan meminta 5 buah buku latihan. 11. Setelah habis kesemua aspek yang perlu dinilai, aku menyiapkan dokumen yang diminta oleh nazir. Ketika ini nazir ada bertanya beberapa soalan untuk membantu mereka mengisi borang penilaian. 12. Jam menunjukkan ke angka 1.00 petang, aku jemput mereka makan dan mereka minta aku berehat sebelum sesi rumusan. 13. Sekitar jam1.50 petang nazir memanggil aku semula bersama pentadbir untuk memohon izin pulang. 14. Aku sempat memohon izin untuk bergambar dan sesi tamat. |