Catatan ini merupakan kisah perjalananku ketika menunggu kedatangan nazir untuk penilaian. Sebelum proses penilaian, calon perlu mengisi borang guru cemerlang (peringkat pertama) dan hanya calon yang lulus peringkat pertama akan dipanggil untuk ke peringkat kedua (penilaian nazir). Sebelum nazir datang, mereka akan menghubungi calon. Nazir menghubungiku sekitar 2 minggu sebelum proses penilaian dan beliau hanya memaklumkan akan hadir pada minggu kedua atau minggu ketiga bulan September. Selepas menerima panggilan itu, bermulalah detik2 tidur tidak lena!
Minggu Kedua Bulan September 7/9/2020 - Isnin Dari semalam lagi aku dah bersembang-sembang dengan suami dan berdoa agar nazir tidak datang pada hari ini. Seperti yang telah dimaklumkan oleh nazir, beliau akan hadir pada minggu ke-2 atau ke-3 bulan September. Alhamdulillah, Allah makbulkan doaku. Setelah menunggu sehingga jam9.30 tiada kemunculan nazir. 8/9/2020 - Selasa Ikutkan hari ini aku terlibat dengan Bengkel Pemurnian Instrument SBP di SM Sains Selangor. Aku awal-awal telah maklumkan kepada ketua kumpulan yang akan hadir lewat kerana menunggu kehadiran nazir. Sekitar jam 9.30 pagi, tidak kelihatan kelibat nazir maka bermulalah perjalananku ke bengkal tersebut. 9/9/2020 - Rabu Shopee sale! Sibuk-sibuk pon masih ingat sale, tapi memang tak sempat nak membeli la jawabnya. Nak tengok sale apatah lagi. Seperti biasa pagi-pagi menunggu kehadiran nazir tetapi setelah jam 9.30 pagi nazir masih tidak kelihatan maka aku membuat keputusan untuk bersedia ke bengkel. Sudah tiga malam tidur tak cukup dok membelek dan melengkapkan fail. 10/9/2020 - Khamis Hari ketiga, hari terakhir bengkel. Seperti biasa, aku akan ke sekolah dahulu menunggu kehadiran nazir. Bezanya malam tadi aku tidur awal dan pagi ini bergerak lewat sedikit dari selalu untuk menunggu kehadiran nazir. Tup tup, belum sempat nak parking kereta, telefon berbunyi. Ah sudah, nama SMAP Kajang di skrin. Confirm nazir datang, telahku dalam hati. Panggilan tersebut aku jawab dan memang confirm NAZIR datang Bermulalah episod gelabah biawak hahahha Serba sedikit tentang proses penilaian nazir (2 orang nazir opsyen) 1. Perjumpaan nazir bersama pentadbir dan calon. 2. Nazir memaklumkan masa yang akan dinilai untuk pdp. Macam kes aku, pdp lewat lagi (jam11.00 pagi). 3. Maka aku bermula dengan pembentangan 10 slide seperti yang diminta. 4. Komen nazir terhadap pembentangan. Alhamdulillah nazir kata bagus dan menjawab kehendak soalan. 5. Sesi soal jawab tentang pendidikan, nazir tanya tentang isu pendidikan terkini, teori pengajaran, pekeliling dan dasar pendidikan. Semua tak boleh jawab. Isu semasa je yang aku taw jawab. Bertabahlah mak! 6. Nazir nasihatkan aku untuk jadi guru cemerlang mesti kena ingat pekeliling dan dasar-dasar. Aku take note pesanan tersebut. 7. Proses seterunya, nazir semak borang permohonan yang aku isi dahulu dan tanya bukti setiap yang aku tulis. Cuma ada kesalahan label pada borang di bahagian sumbangan, aku letak panel sepatutnya letak seperti contoh yang diberi (AJK, penceramah, pembentang, jurulatih) 8. Nazir minta betulkan borang dan print slaid pembentangan kemudian serah padanya. 9. Nazir minta aku bersiap sedia untuk pencerapan dan ketika ini mereka memeriksa fail yang aku telah sediakan. 10. Nazir meminta aku memanggil 3 orang rakan sekerja iaitu GKMP dan 2 orang rakan sejabatan untuk di temu bual. 10. Apabila sesi pdp hampir bermula, aku iring nazir masuk ke kelas dan mereka menyertai pdp sehingga selesai. Nazir memanggil beberapa orang murid dan meminta 5 buah buku latihan. 11. Setelah habis kesemua aspek yang perlu dinilai, aku menyiapkan dokumen yang diminta oleh nazir. Ketika ini nazir ada bertanya beberapa soalan untuk membantu mereka mengisi borang penilaian. 12. Jam menunjukkan ke angka 1.00 petang, aku jemput mereka makan dan mereka minta aku berehat sebelum sesi rumusan. 13. Sekitar jam1.50 petang nazir memanggil aku semula bersama pentadbir untuk memohon izin pulang. 14. Aku sempat memohon izin untuk bergambar dan sesi tamat.
0 Comments
|