Catatan pada 6 April 2021
Setelah bertahun2 saya isi borang utk sambung master, alhamdulillah Allah rezekikan tahun ini untuk dipanggil temuduga. Sebelum2 ini memang memohon bidang Pendidikan Islam. Allah rezekikan tahun 2019, seorang calon PhD dtg utk menemu bual saya dan beliau mengajar saya cara untuk mengisi borang permohonan (online). Barulah terasa yakin utk dipanggil temuduga setelah peroleh tips dari beliau. Terima kasih Zaidi. Cuma tahun 2020, masih tiada rezeki untuk dipanggil temuduga. 6/4/21 (2.00pm) : IPG Pendidikan Islam, Bangi Tahun ini saya cuba tukar bidang. Ambil bidang Teknologi Pendidikan. Memang jauh beza dengan ustazahnya Kali ini arahannya untuk menyediakan proposal sekurang-kurangnya 5 helai. Bayangkan hari nak temuduga jam 12.45pm baru siap proposal, betul2 xde idea sepanjang 2 minggu setelah tahu keputusan layak utk di temuduga. Sampai sana pon agak lewat, beberapa minit sebelum jam 2.00pm. Sepatutnya 30minit perlu berada di sana untuk mendengar taklimat. Calon lain pon dh keluar dr bilik taklimat Masuk bilik temuduga secara berkumpulan. Saya dpt bilik B3 dan kami seramai 3 orang. Seorang wanita India, lelaki Melayu dan saya. Panel terdiri dari 2 orang wanita dan seorang lelaki semuanya berbangsa Melayu. Ketika ditemuduga, terdapat 4 pusingan dan kami ditanya secara bergilir-gilir. Pusingan pertama adalah sesi perkenalkan diri. Alhamdulillah, bahasa Melayu je. Saya ni memang x mahir nak speaking London. Adeh! Pusingan kedua, panel lelaki meminta kami menerangkan tentang proposal kami. Pusingan ketiga, kami perlu menjawab soalan panel tentang proposal kami (lebih kurang macam kritikan terhadap proposal kami). Penting untuk kita faham betul-betul proposal terutamanya tentang gap kajian dengan kajian-kajian lepas. Dan pusingan terakhir tentang sumbangan kami terhadap pendidikan, kami bertiga bukanlah pure teknologi dan bagaimana mereka hendak memilih kami dan apa kelebihan kami? Fuh, inilah masa yang ditunggu2. Memang saya dah sedia dengan semua fail2 n inovasi2 yg pernah saya lakukan. Walaupun arahannya hanya membawa diri ke dalam bilik temuduga. Tetapi saya angkut semua barang2 dan fail2 yang saya dah bawa. Penat2 bawa dari rumah, naik bukit, naik tangga nak ke bilik temuduga dengan beratnya. Takkan nak tinggalkan di luar bilik begitu sahaja hahaha. Maka dari sebuah fail ke sebuah fail saya tunjukkan. Saya bawa 3 fail (inovasi dan kajian tindakan, penglibatan sebagai penceramah dan kaedah pdpc yg saya gunakan dlm kelas) kesemuanya berkaitan dengan teknologi. Saya juga membawa buku-buku yang saya tulis untuk dilihat oleh panel-panel. Selepas ini, mungkin saya boleh menulis buku yang lebih general agar boleh dijadikan cenderahati kepada panel. Sebab nak bagi buku teks dan buku latihan PSI kepada panel macam xsesuai. Akhir sekali, kesemua panel membuat rumusan untuk sesi temuduga ini. Mungkin sesi kami ini lebih dari masa yang ditetapkan (lupa dah tempoh masanya berapa minit), sampaikan ada urusetia yang datang buka pintu. Semoga bermanfaat untuk mereka yang akan ditemuduga. Selamat maju jaya!
0 Comments
|